Friday 25 December 2015

Sarana Sekolah







Sarana Ibu Bapa

Sarana Ibu Bapa
 
merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan
negara yang tercinta M A L A Y S I A

Pengenalan 
 
Sarana ini ditujukan khas kepada IB dan boleh dikongsikan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk IB dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada IB menambahbaik dalam bidang bidang tertentu. Sebenarnya IB telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar. Amalan-amalan terbaik daripada IB, PIBG dan sekolah dalam dan luar negara dipaparkan untuk memberi gambaran bagaimana mereka mengatasi cabaran yang dihadapi. Adalah diharapkan amalan-amalan ini akan dapat menokok tambah kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh IB. Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini bukanlah satu senarai lengkap kerana setiap IB mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman

yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh IB untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah dialu-alukan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan
pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka.







Wednesday 23 December 2015

Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)

Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa &Komuniti (PIBK) 
Kejayaan dan Harapan Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif.Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa. KPM berusaha untuk melaksanakan peluasan agar pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti bergerak lebih menyeluruh. Pada awal pelaksanaan PPPM, pihak sekolah dan ibu bapa telah dibekalkan dengan sarana sekolah dan sarana ibu bapa. KPM kini mempunyai 96 jurulatih utama PIBK untuk membantu dan membimbing pemimpin dan guru sekolah untuk menarik lebih ramai ibu bapa untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Selain itu, peratus kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti iaitu Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, Hari Pelaporan, Hari Sukan dan Hari Anugerah utama sekolah telah dijadikan KPI setiap sekolah. 
Sumber :http://www.padu.edu.my/files/anjakan/anjakan_feb_2015.pdf

Saturday 7 March 2015

Secawan Kopi....Sebungkus Roti...


Selamat Datang ke Blog PIBG SKPK ALOR SETAR. PIBG SKPKAS sangat prihatin dan komited ke arah kebajikan dan keperluan seluruh warga SKPKAS khususnya para pelajar. PIBG SKPKAS merupakan sebuah pasukan ahli jawatankuasa yang semestinya memegang amanah sebagai persatuan yang berjuang dan memperjuangkan kebajikan ahlinya sekaligus mendasarkannya kepada kepentingan pelajar dan murid. Semoga Allah memudahkan urusan kami. Amin.